berita bola sepak final di bukit jalil
Malaysia membawa bekal cukup selesa ke Jakarta Rabu ini selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 dalam final Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Safee Sali membuka tirai jaringan untuk skuad kebangsaan pada minit ke-60 sebelum Asaari Shamsudin menjaringkan gol kedua tujuh minit selepas itu. Safee meletakkan Malaysia berada dilaluan selesa dengan gol ke-4 peribadinya pada kejohanan kali ini sekali gus memberi kemenangan bermakna 3-0 kepada Malaysia.
Perlawanan kedua akan diadakan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia Rabu ini bagaimanapun isu berhubung stadium yang dirusuh oleh rakyat Indonesia bakal menyaksikan perlawanan diadakan di stadium lain sekiranya keadaan kritikal.
Skuad 'Harimau Malaya' ternyata gah untuk membaham skuad 'Garuda' dengan menguasai penuh perlawanan sambil mengamalkan disiplin pertahanan yang cukup tinggi. Bagaimanapun perlawanan terpaksa diberhentikan seketika selepas jurulatih Indonesia, Alfred Riedl cuba memperbesarkan isu laser.
Ketika permainan direhatkan, terdapat segelintir penyokong Indonesia melontar botol minuam ke dalam padang. Sementara itu, Jurulatih Malaysia, K Rajagobal amat berpuas hati dengan pencapaian anak didiknya.